Ikuti Kami:

Kerana Tersalah Langkah, Selebriti Ini Disenarai Hitam Dalam Dunia Hiburan Korea

Kerana Tersalah Langkah, Selebriti Ini Disenarai Hitam Dalam Dunia Hiburan Korea

Tiada selebriti yang mahu disenaraihitamkan kerana ini boleh menjejaskan gaya hidup dan kerjaya populariti mereka.

Di Korea, beberapa selebriti terkenal telah disenaraihitamkan dalam industri hiburan disebabkan kes luar jangkaan yang berlaku.

JYJ

JYJ blacklisted

Bekas ahli TVXQ itu disenarai hitam dalam industri hiburan selepas mereka meninggalkan kumpulan daripada agensi hiburan SM. Isu undang-undang berlarutan untuk masa yang lama dan ia mempunyai kesan yang besar terhadap kerjaya mereka. Xiah Junsu, Park Yoo-chun, dan Kim Jae-joong (JYJ) adalah tiga ahli TVXQ dan mereka menamatkan kontrak jangka panjang dengan agensi hiburan itu kerana masalah tidak adil. Mereka menyertai agensi lain, tetapi agensi SM ialah syarikat hiburan yang berkuasa besar. Oleh itu mereka gagal muncul di mana-mana stesen penyiaran.

Jesicca 

SNSD Jesicca blacklisted

Mungkin bunyinya agak kejam tetapi Jessica telah keluar daripada kumpulan SNSD selepas dia tidak dapat membuat keputusan antara menjadi pereka fesyen atau idola. Terdapat laporan bahawa dia tidak lagi memikirkan kesejahteraan SNSD tetapi hanya untuk kepentingan peribadinya. Selepas dia ditendang keluar, dia terus mencipta produk BLANC dan Eclare iaitu jenama fesyennya sendiri.

Park Shi-hoo

Park Shi-hoo blacklisted

Park Shi-hoo ialah seorang pelakon yang telah kehilangan sinar kerana dia terpalit dengan satu pertuduhan serius. Seorang model wanita telah membuat tuduhan bahawa dia telah merogolnya. Model itu malah menggunakannya untuk memeras ugutnya. Bagaimanapun, pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut, dan dia tidak didapati bersalah. Walaupun dia didapati tidak bersalah, skandal itu telah menjejaskan kerjayanya dan dia tidak pernah muncul di TV semenjak dari itu. Dia pernah menjadi peneraju utama drama TV popular tetapi dia kehilangan segalanya selepas skandal itu

Seungri (BIGBANG)

seungri blaclisted

Skandal ‘Burning Sun’ juga dikenali sebagai ‘Burning Sun gate’, ialah skandal hiburan dan seks 2019 di Seoul. Ia melibatkan beberapa selebriti termasuk idola Korea kumpulan K-pop popular, Seungri dan pegawai polis. Ia juga merupakan skandal terbesar yang melanda industri K-pop. Selepas terpalit dengan skandal ini, Seungri bersara secara kekal daripada hiburan Korea.

Shin Jung-hwan

Shin Jung-hwan

Shin Jung-hwan ialah seorang pelawak Korea. Dia ditangkap kerana terlibat dengan kes pengubahan wang haram. Dia membelanjakan sejumlah besar wang untuk perjudian haram dan didapati bersalah.

GLAM

GLAM blacklisted

Pada September 2014, pelakon Lee Byung-hun menuduh dua wanita memeras ugutnya dengan menggunakan video. Dahee dan model Lee Ji-yeon kemudian dikenal pasti sebagai wanita terbabit dan didakwa memeras ugut pelakon itu dengan bayaran agak tinggi. Mahkamah telah mendapati bahawa ahli kumpulan GLAM dan model itu bersalah seterusnya kumpulan itu dibubarkan serta-merta.

G.Na

G.NA blacklisted

Penyanyi yang berasal Korea ini sangat popular dengan lagu-lagu OST seperti lagu ‘Kiss Me’ dari drama “Playful Kiss” dan ‘Cause You’re Man’ dari “The Greatest Love”. Kerjayanya malap sekelip mata selepas terbabit dalam skandal pelacuran pada 2016. G.Na didedah menjalinkan hubungan intim dengan ahli perniagaan yang tidak dikenalinya di Amerika Syarikat dan dibayar sekitar RM 126 ribu. Selepas mengakui perkara ini, G.Na dijatuhi hukuman denda RM 7200 sahaja dan dia memutuskan untuk meninggalkan industri hiburan Korea.

Tak tahu la nak kesian ke apa.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...