Ikuti Kami:

Kerana Hutang, Jiran Bunuh Ibu & Anak Perempuan Dengan Teh ‘Doraji’

Kerana Hutang, Jiran Bunuh Ibu & Anak Perempuan Dengan Teh ‘Doraji’

Manusia boleh bertindak di luar kawalan tanpa berfikir apa akibat yang mendatang.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan satu kes jenayah kejam di mana suspek tidak mengaku perbuatannnya walaupun sudah terang lagi bersuluh dia telah membunuh.

Kronologi

jiran bunuh ibu dan anak dengan teh doraji di busan

Kejadian ini berlaku pada Mac 2023 di sebuah villa, daerah Busan. Anak lelaki mangsa baru sedar dari tidur dan mencari ibu serta kakaknya dalam villa terbabit. Namun semua itu menjadi mimpi ngeri buat lelaki berkenaan kerana dia menjumpai ibu dan kakaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia beberapa kali cuba menyedarkan mereka namun semuanya sudah terlambat kerana kedua ibu dan kakaknya sudah meninggal. Dalam keadaan pening, anak lelaki tadi terus menghubungi pihak polis untuk maklumkan tentang kejadian ini.

Suspek

Sebelum kejadian, seorang wanita yang didedahkan sebagai ‘Miss A’, berusia likungan 50-an, dikatakan sangat rapat dengan keluarga berkenaan. Dia adalah jiran mangsa yang selalu ke rumah Lee Ha-na (si ibu) malah sudah tahu kata kekunci villa tersebut. Pada hari kejadian, ‘Miss A’ pada mulanya melawat tiga beranak ini di rumah mereka tetapi hanya ada anak lelaki sahaja di rumah

jiran bunuh ibu dan anak dengan teh doraji di busan

Dia menghidangkan teh doraji kepada anak lelaki itu. Selepas itu, Lee Ha-na pulang ke rumah sebelum Kim Chae-rim (anak perempuan) tiba di rumah. ‘Miss A’ dikatakan menggunakan taktik yang sama dengan menghidangkan teh doraji kepada kedua-dua mangsa sebelum membunuh mereka. Namun dia tidak bunuh anak lelaki kerana mahu menjadikannya sebagai kambing hitam.

Siasatan polis

Sebelum polis membuat siasatan yang mendalam, mereka menyangka ini hanya kes keracunan daripada teh doraji. Tetapi setelah meneliti mayat Lee Ha-na dan Kim Chae-rim, terdapat beberapa kesan janggal yang menunjukkan mereka sebenarnya dibunuh.

Dengan adanya anak lelaki terbabit, banyak bukti dapat dikumpul serta suspek berjaya dikesan. Namun setelah suspek disoal siasat, ‘Miss A’ tidak mengaku bahawa dia telah membunuh serta sempat menuduh anak lelaki terbabit melakukan semua jenayah itu.

jiran bunuh ibu dan anak dengan teh doraji di busan

Polis mula menggeledah rumah suspek dan menjumpai barangan kemas milik ibu dan anak perempuan. Walaubagaimanapun dia tetap menyangkal tuduhan bahawa dia membunuh. Hasil siasatan lanjut mendapati ‘Miss A’ telah menerima rawatan psikiatri sejak Julai 2015.

Pendakwa raya berkata, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mengalami masalah kewangan membayar sewa bulanan, kos sara hidup dan bil perubatan. Oleh itu, motif suspek membunuh mangsa adalah untuk mencuri barang berharga mereka.

Hukuman

Pada 16 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi Busan mengekalkan keputusan asal iaitu penjara seumur hidup, menolak kedua-dua rayuan oleh ‘Miss A’ yang didakwa atas kesalahan membunuh dan kesalahan lain.

Sebaik keputusan diumumkan, ‘Miss A’ menjerit dengan kuat dan menyebabkan kekecohan di dalam bilik mahkamah. Dia kemudiannya diseret keluar oleh pegawai mahkamah.
Tambahan, bunyi tangisan ‘Miss A’ kedengaran dari ruang menunggu selama lebih kurang 10 minit.

Sebab itu kita jangan cepat percaya orang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...