Ikuti Kami:

Kerana BTS, Arab Saudi Ubah Undang-Undang Wanita & Lelaki Asing Tidak Boleh Menginap Hotel Sekali

Kerana BTS, Arab Saudi Ubah Undang-Undang Wanita & Lelaki Asing Tidak Boleh Menginap Hotel Sekali

Begitu popularnya BTS ini sehingga mereka telah dijemput untuk mengadakan konsert di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini! Bukan calang-calang kerana hampir 30,000 orang telah membanjiri Stadium Antarabangsa Raja Fadh untuk menyaksikan sendiri konsert jelajah “Love Yourself: Speak Yourself” tersebut.

Lagi hebat, hanya disebabkan oleh kedatangan BTS, kerajaan Arab Saudi telah melonggarkan undang-undang yang telah sedia lama ada bagi menyenangkan urusan kumpulan idola itu serta peminat mereka iaitu ARMY untuk malam itu sahaja.

arab saudi tukar undang-undang untuk kesenangan bts

Menerusi rancangan SBS iaitu “One Night of TV Entertainment”, dilaporkan bahawa bagi menyenangkan BTS untuk menjalani konsert mereka, satu undang-undang telah diubah. Selalunya, kalau tiada bukti sahih, pasangan lelaki dan perempuan tidak boleh menginap di hotel bersama-sama. Namun begitu, undang-undang itu telah dilonggarkan 4 hari sebelum konsert berlangsung di mana lelaki dan wanita asing boleh tinggal bersama di dalam hotel tanpa sebarang halangan.

Bukan itu sahaja, wanita Arab Saudi juga dibenarkan untuk berjalan jauh tanpa ditemani lelaki. Patutlah ramai peminat wanita BTS yang memenuhi stadium malam itu!

Sumber: Allkpop, KoreaHerald

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...