Ikuti Kami:

Kerajaan Korea Mendesak Untuk Haramkan Tayangan Adegan Merokok Dalam Kandungan Media

Kerajaan Korea Mendesak Untuk Haramkan Tayangan Adegan Merokok Dalam Kandungan Media

Pasti ramai kan yang perasan K-Drama kini kerap memaparkan adegan yang tak patutnya dicontohi seperti babak merokok.

Menurut laporan Institut Promosi Kesihatan Korea dari Ogos 2023, daripada 14 drama paling popular, 12 daripadanya memaparkan produk tembakau atau adegan merokok, yang secara langsung telah menjejaskan usaha Korea Selatan untuk mengurangkan kegiatan merokok dalam kalangan masyarakat.

Antara drama yang disebut adalah “The Glory” dan “Doona!” yang ditayangkan di platform penstriman Netflix. Namun, memandangkan laman penstriman berada di bawah bidang kuasa Akta Promosi Penggunaan Rangkaian Maklumat dan Komunikasi dan Perlindungan Maklumat, kandungan yang mereka siarkan tidak terikat dengan sekatan yang sama seperti undang-undang penyiaran.

k-drama smoking scenes

Sebagai tindak balas, pegawai Seoul merancang untuk meningkatkan lagi usaha untuk mengawal tayangan adegan merokok pada sesi ke-10 persidangan di Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang bakal berlangsung dari 5 Februari hingga 10 Februari ini.

Bagus juga kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...