KEP1ER Kali Pertama Menang Acara Muzik Dengan ‘WA DA DA’

kep1er first win

KEP1ER telah berjaya memenangi acara muzik buat pertama kali!

Pada 13 Januari, Mnet “M Countdown” telah kembali dengan siaran langsung buat kali pertama sejak ia ditangguhkan pada November 2021. Pada siaran hari itu, dua calon untuk tempat pertama ialah “ELEVEN” IVE dan “WA DA DA” milik KEP1ER. KEP1ER berjaya meraih kemenangan dengan 6,500 mata mengatasi IVE dengan 6,046 mata terkumpul.

Ini adalah kemenangan pertama KEP1ER dalam rancangan muzik, sejak penampilan pertama mereka dengan “WA DA DA” pada 3 Januari. Ketua kumpulan itu Yu-jin, memberikan ucapan penghargaan buat peminat,

Terima kasih banyak-banyak. Pertama, terima kasih kepada ‘KEP1IAN’ (nama kelab peminat KEP1ER) yang menjadikan KEP1ER seperti sekarang ini dan memberikan kami No. 1 ini. Terima kasih kerana sentiasa menyanyangi kami sejak ‘Girls Planet 999′ dan kami akan menjadi satu kumpulan yang tidak pernah mengecewakan dan sentiasa anda banggakan.

Tonton persembahan KEP1ER “WA DA DA” di atas. Tahniah buat KEP1ER!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply