Ikuti Kami:

Kenyataan Lee Dongwook ‘Suami Patut Buat Kerja Rumah’ Dipuji Tapi Kenapa Nama Park Seojoon Dipetik?

Kenyataan Lee Dongwook ‘Suami Patut Buat Kerja Rumah’ Dipuji Tapi Kenapa Nama Park Seojoon Dipetik?

Sudahnya menjadi pelakon apabial setiap gerak-geri dan percakapan yang diungkapkan pasti akan diingati oleh orang ramai.

Terbaru, Lee Dong-wook telah berkongsi pandangan mengenai pembahagian tugas dalam rumah tangga menerusi temubual bersama program “Salon Drip”. Jelasnya,

Ini adalah pendapat peribadi saya. Saya fikir kerja rumah sepatutnya dilakukan oleh lelaki. Ia memerlukan kekuatan, jadi lebih baik untuk lelaki yang lebih kuat untuk mengendalikannya.

Mendengarkan pandangan yang memihak pada wanita ini, ramai yang menepuk tangan tanda berbangga dengan Lee Dong-wook yang bersikap adil.

lee dongwook jeon doyeon

Pun begitu, ada yang secara tiba-tiba mengungkit nama Park Seo-joon. Tapi kenapa? Ini kerana ramai yang masih teringat dengan kenyataan pelakon lelaki itu yang mahukan isterinya untuk duduk di rumah dan menjaga anak sahaja,

Saya membesar dalam keluarga seperti itu, jadi saya merasakan anak-anak saya perlu dibesarkan oleh ibunya. Saya terdengar perspektif hidup seseorang dibentuk dari kecil. Sepertinya masa kecil yang kurang bahagia akan menyebabkan masa dewasa bermasalah. Sama ada dia tak ada kemahiran sosial baik atau dia akan menjadi penjenayah.

park seojoon

Komen netizen,

Aku tahu park Seo-joon berapi je tengok temubual ni..

 

Dia maksudkan Park Seo-joon ke?

 

Senyap Park Seo-joon dan Song Joong-ki baca ni.

 

Park Seo-joon tak kan faham kenyataan Lee Dong-wook ni.

 

Park Seo-joon mesti tak faham.

Ala tak tah lah ungkit.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...