Ikuti Kami:

Kenapa Tunggu Cantik Baru Nak Ada Keyakinan Diri? Ikuti Perjalanan Farah Mencari Keyakinan Di Bumi Mesir

Kenapa Tunggu Cantik Baru Nak Ada Keyakinan Diri? Ikuti Perjalanan Farah Mencari Keyakinan Di Bumi Mesir

Pernah tak terdetik dekat hati korang rasa cemburu bila tengok orang lain mempunyai keyakinan diri. Kadang-kadang terus rasa ‘down’ bila compare dengan diri sendiri.

Kami percaya ramai yang ada masalah ni, terutama para gadis yang kerap sangat buat perbandingan dengan orang lain tanpa menyedari keaslian atau jadi diri sendiri merupakan kunci yang menjadikan seseorang lebih berkeyakinan.

Safi Angkat Kisah Farah Yang Mencari Keyakinan Diri

Klise pula kalau video raya nak kena buat drama air mata tiap-tiap tahun. 

Tahun ni Safi membawa sedikit kelainan dengan mengangkat kisah gadis bernama Farah yang menyambung pelajaran ke luar negara demi mencapai impian.

Tapi ada sedikit plot twist pula… 

Dah sampai di Kaherah, Farah tiba-tiba rasa macam tak yakin dengan diri dia lepas tengok kawan barunya yang dia rasakan nampak lebih bersemangat. Adakah sebab mereka cantik?

Nak tau macam mana perjalanan hidup Farah di tempat baru, saksikan video raya dari Safi “Kaherah Untuk Farah”. Mesti ramai boleh relate!

Serlahkan Keyakinan Diri Dengan Safi Perfect White 3X Brightening Hyaluron Serum​ 

Perasaan kurang keyakinan diri, bukan hanya datang dari perasaan cemburu melihat orang lain. Boleh jadi juga sebab ada masalah wajah seperti wajah dengan bekas jerawat yang susah nak hilang atau mungkin kulit kusam.

Memahami perasaan gadis-gadis dalam perkara ini, Safi Perfect White 3X Brightening Hyaluron Serum​ hadir dengan formulasi baru yang mempunyai tekstur lebih ringan dan mampu menyerap lebih cepat. 

Menggunakan bahan berkuasa seperti 100X Vitamin C, 5% Niacinamide, Asid Glikolik dan asid Hyaluronic, korang boleh tengok parut hitam pada wajah mula pudar dan kulit menjadi lebih cerah hanya dalam masa 3 HARI bersama Safi Perfect White 3X Brightening Hyaluron Serum. 

Serum ini juga membantu mengurangkan jeragat, melembapkan dan menjadikan wajah lebih berseri. Macam ni barulah lebih confident nak jadi diri sendiri.

Biasiswa Siswi Safi Beri Peluang Gadis Mencari Diri Sendiri Dengan Menuntut Ilmu

Dalam video raya ni, Safi turut mengangkat satu lagi mesej di mana jika kita nak mencari keyakinan diri, kita perlu keluar daripada zon selesa dan mungkin perlu berjauhan dengan keluarga.

Cara paling mudah ialah dengan menuntut ilmu. 

Haa.. Ni kami ada satu berita baik nak kongsikan, Safi kini menawarkan Biasiswa Siswi Safi yang bernilai RM1,000,000 khusus untuk membantu gadis-gadis kat luar sana memenuhi impian mereka. 

Maklumat lanjut mengenai Biasiswi Siswi Safi ni, korang boleh layari safi.com.my bermula 30 April 2024.

Serlahkan keaslian diri dengan produk Safi yang boleh didapati di Watsons. Info lanjut mengenai Safi, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Keaslian Lambang Kecantikan. Safi Mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.  

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...