Ikuti Kami:

“Kenapa Sulli Tidak Selesa?” – MBC Tayang Dokumentari Khas Sulli 10 September Ini

“Kenapa Sulli Tidak Selesa?” – MBC Tayang Dokumentari Khas Sulli 10 September Ini

Sedar tak sedar, dah sudah hampir setahun Sulli meninggalkan dunia ini selepas mengambil keputusan untuk menamatkan nyawanya sendiri pada 14 Oktober lepas. Baru sahaja berumur 25 tahun ketika insiden tersebut, ramai menyalahkan para netizen yang meninggalkan komen buruk kepada gadis itu tanpa memikirkan sensitiviti langsung.

Baru-baru ini, stesen penyiaran MBC berkongsi bahawa mereka kini dalam pembikinan sebuah dokumentari “Documentary Plex” istimewa buat Sulli bagi mendedahkan sebab dan punca sebenar yang membuatkan selebriti itu berasa tidak selesa sebelum membuat keputusan drastik ini.

Trailer pendek dengan tajuk “Kenapa Sulli tidak selesa?” telah pun diriliskan di Naver TV baru-baru ini. Menerusi klip pendek itu, dapat dilihat gadis itu yang gigih berlatih sebelum muncul sebagai ahli kumpulan f(x) selain sedutannya ketika berlakon dalam drama SBS “Seodongyo” pada tahun 2005.

dokumentari sulli

Lebih menyedihkan apabila terselit ungkapan hiba Sulli yang mengatakan,

Jangan salah faham, saya bukan orang jahat.

Bukan itu sahaja, ibu Sulli juga dilihat menangis sambil meratapi kematian anak perempuannya itu,

Ibu minta maaf kerana lewat.

Kalau anda nak tahu, semasa masih bergelar pelatih, Sulli pernah tinggal sekali di dalam dorm yang sama dengan ahli Girls’ Generation. Jadi, bukanlah rahsia bahawa mereka sangat rapat. Tiffany yang turut kelihatan menangis di dalam klip pendek itu meluahkan,

Saya minta maaf kerana tidak mendalami perasaan awak meskipun kita hanya berada bersebelahan.

Dokumentari khas buat Sulli ini bakal ditayangkan di MBC pada 10 September nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...