Ikuti Kami:

“Kenapa Saya Tahan Nangis Dulu…”- Hyolyn Luah Perasaan Sewaktu Promosi Awal SISTAR

“Kenapa Saya Tahan Nangis Dulu…”- Hyolyn Luah Perasaan Sewaktu Promosi Awal SISTAR

Seorang penyanyi wanita baru-baru ini meluahkan rasa hati yang bercampur-baur sewaktu mempromosikan kumpulannya, SISTAR. Kenapa agaknya dia rasa macam itu?

Hyo-lyn tampil sebagai tetamu undangan dalam episod pertama satu rancangan hiburan, “Showterview” yang diacarakan oleh Sun-mi.

Menjengah kepada sesi temu bual mereka, Hyo-lyn diajukan soalan jika dia pernah menangis berseorangan selepas debut sebagai artis solo dan dengan pantas dia menjawab bahawa dia pernah.

Menjurus kepada itu, Hyo-lyn berkata,

Saya rasa akan jadi satu pembohongan jika saya kata saya tidak pernah menangis. Mustahil saya tidak pernah menangis langsung.

hyolynSun-mi turut menambah,

Bila kita berseorangan, ia menambahkan lagi tekanan untuk menangis.

Hyo-lyn kemudian menerangkan bahawa dia sering menangis disebabkan oleh banyak perkara. Dia malah teringat kembali ketika dia menangis sewaktu mempromosikan SISTAR.

Saya banyak menahan rasa nangis saya semasa mempromosikan kumpulan itu. Saya pikir saya akan lagi sakit jika menangis bersama yang lain, jadi saya tahan rasa nangis itu. Bila saya berseorangan, baru saya akan nangis sepuasnya. 

hyolynBagaimanapun, Hyo-lyn mulai menyedari bahawa dia tidak perlu pun menahan rasa sedihnya.

Lama kelamaan saya mula berfikir, saya boleh menangis semahunya jadi kenapa saya berusaha menahan? Bermula dari situ, saya akan terus menangis jika saya mahu. 

Betul juga apa yang dikatakan Hyo-lyn. Kalau nak nangis, jangan tahan… kalau tak bertambah sakit tu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...