Rain telah meluahkan pendapatnya mengenai pemakaian cincin perkahwinan.
Pada 15 Februari, Rain telah mengeluarkan episod terbaru rancangan YouTube miliknya, “Season B Season” di mana dia dan KCM telah melawati rumah salah seorang pekerjanya yang baru sahaja berkahwin.
Selepas habis membuat rondaan di rumah tersebut, ketiga-tiga lelaki itu langsung bercerita mengenai kehidupan mereka selepas berkahwin termasuk sebab mengapa ketiga-tiga mereka tidak memakai cincin perkahwinan.
Kata Rain,
Saya tak faham kenapa kita kena pakai cincin perkahwinan.
Tambahnya,
Semua orang di Korea akan berkahwin juga nanti, jadi kenapa nak kena pakai?
Terlebih dahulu Rain telah melayari bahtera perkahwinan bersama dengan pelakon terkenal, Kim Tae-hee pada tahun 2017. 10 bulan selepas perkahwinan mereka diadakan, pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan.
Dua tahun selepas anak perempuan pertama mereka dilahirkan, pasangan tersebut telah menyambut kelahiran anak perempuan kedua mereka dan kini sedang jalani kehidupan bahagia sebagai keluarga.
Korang setuju ke dengan pendapat Rain?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.