Sudah berbelas tahun dalam industri, Tiffany pastinya telah kumpul banyak pengalaman menjadi seorang idola.
Terbaru, Tiffany SNSD telah muncul sebagai tetamu dalam program “Radio Star”, di mana dia menceritakan tentang perjalanan kerjayanya dan bermacam lagi.
Dalam siaran itu, penyanyi tersebut akui bahawa dia terkejut lihat perbezaan antara idola masa kini dan idola ketika zaman debutnya dahulu. Katanya,
Semasa projek ulang tahun ke-15 Girls’ Generation, kami pergi ke program muzik buat kali pertama selepas sekian lama. Kami ingin menonjol jadi kami memang bekerja keras. Sekarang, semua penyanyi akan dapat fancam sendiri dan bila saya tengok tu, saya fikir ‘Kenapa idola sekarang berlatih dengan setengah hati je?’
Sambungnya lagi,
Saya fikir ‘Oh, mungkin itu hanyalah sound check.’ Tapi walaupun ketika sound check, semuanya harus diselaraskan. Sekarang, saya tak boleh nak begitu santai kerana ada banyak perkara baru.
Gituu luahan dari senior.