Utama K-Pop “Kenapa Kami Di Dalam Studio Rakaman?” – Jo Kwon Muat Naik Gambar...

“Kenapa Kami Di Dalam Studio Rakaman?” – Jo Kwon Muat Naik Gambar Bersama 2AM

2am

Awal tahun ini, kumpulan 2AM telah mengadakan konsert “2am Concert 22 S/S” secara atas talian disebabkan oleh beberapa ahli yang terkena jangkitan Covid-19. Dalam pada itu, seorang ahli 2AM memuat naik satu gambar ‘hint’ seolah-olah mereka ada sesuatu yang bakal dihasilkan. Agak-agaknya apa?

Konsert mereka “2am Concert 22 S/S” itu bakal berlansung selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 Jun akan datang dan pembelian tiket secara atas talian juga telah dibuka pada 12 Mei lalu.

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram rasmi, Jo Kwon (@kwon_jo), dia telah memuat naik beberapa imej bersama ahli 2AM yang lain dengan menulis kapsyen seperti,

Kenapa kami berkumpul di studio rakaman? AKAN DATANG! Walaupun masih ada potongan klip dan filem teaser bagi pentas solo kami untuk konsert itu yang akan didedahkan minggu depan bukan lagi satu rahsia.

2am

Menerusi muat naik tersebut, jelas sekali ia berjaya menimbulkan keterujaan dalam kalangan peminat dan rata-rata mereka tidak sabar untuk menunggu kemunculan semula 2AM setelah sekian lama.

Korang teruja tak? Peminat-peminat 2AM kalau belum beli tiket konsert, melepas la nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInstagram
Loading...