Sebuah video tular membabitkan Lisa BLACKPINK di sebuah acara baru-baru ini telah mencetuskan kritikan terhadap sikap idol tersebut.
Baru-baru ini, Lisa membuat satu lagi penampilan di perlumbaan Formula 1. Seorang TikToker popular telah bertemu dengan Lisa dan meneruskan siri videonya di mana dia bertanya kepada orang ramai — termasuk ramai selebriti — tentang pekerjaan mereka.
Namun, video itu mencetuskan kritikan hebat terhadap sikap Lisa. Ada yang berpendapat bahawa tindakannya yang tidak memberi jawapan atau respons seolah-olah menyiratkan bahawa pencipta kandungan tersebut sepatutnya sudah tahu siapa dia.
Ada yang membandingkan reaksi Lisa dengan selebriti lain yang dianggap lebih mesra. Namun begitu, sebilangan netizen mempertahankan Lisa dengan mengatakan bahawa tidak menghairankan jika dia bertindak sedemikian kerana individu asing secara tiba-tiba mendekatinya dan mengemukakan soalan.
Influencer tersebut sememangnya terkenal kerana mendekati ramai selebriti dan berkongsi reaksi mereka di TikTok miliknya.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.