Ikuti Kami:

“Kenapa Dengan Dia..” – Netizen Persoal Pelbagai Imej ‘Unik’ Song Jihyo

“Kenapa Dengan Dia..” – Netizen Persoal Pelbagai Imej ‘Unik’ Song Jihyo

Sejak beberapa tahun ini, imej ‘unik’ Song Ji-hyo terus menjadi bualan semua peminat dan juga netizen.

Dalam episod terbaru “Running Man”, pelakon wanita itu mengejutkan ahli lain apabila dia tampil dengan kaki berwarna perang selepas menjalani proses ‘tanning’.

Yoo Jae-suk yang melihat perubahan ini berkata,

Awak kenapa, sejak dari mendedahkan perut.

Dalam pada itu, Kim Jong-kook mengakui bahawa dia yang memperkenalkan tempat ‘tanning’ buat Song Ji-hyo dan menjadi bahan usikan ahli lain.

sbs running man

Beberapa bulan lalu, pelakon wanita tersebut menjadi perhatian ramai apabila berani mendedahkan perutnya apabila memakai jaket crop-top. Kata Yoo Jae-suk,

Ji-hyo memang hebat.. tapi perutnya sedikit.. Saya terkejut.

Jawab Song Ji-hyo yang berbangga dengan fesyennya ini,

Awak kena sesuaikan diri. Ini fesyen MZ.

Pada November 2021, pelakon wanita tersebut pernah mengalami kontroversi apabila jaket labuh yang dipakainya tular apabila dapat dilihat sebahagian dari kain pakaian itu kelihatan sedikit carik. Oleh itu, jurugaya Song Ji-hyo turut menerima tohmahan kerana ‘halai balai’ ketika menyiapkan pelakon tersebut.

song jihyo

Bukan itu sahaja, Song Ji-hyo ada menerima kritikan apabila menukar gaya rambutnya secara drastik pada tahun lalu. Tanpa disangka-sangka, ahli “Running Man” tersebut memuat naik gambarnya berambut pendek di Instagram.

Dalam sebuah program hiburan lain, pelakon itu menjelaskan bahawa dia memotong rambut itu dalam keadaan mabuk dan meminta orang ramai tidak mengecam jurugayanya.

Oleh kerana isu melibatkan imej yang banyak ini, ternyata semua perubahan yang dilakukan Song Ji-hyo akan menjadi bualan orang ramai.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...