Ikuti Kami:

“Kenapa Captain Ri Di Situ?”-Lapor Kesihatan Kim Jongun, Peminat Terkejut CNN Indonesia Guna Gambar Hyunbin

“Kenapa Captain Ri Di Situ?”-Lapor Kesihatan Kim Jongun, Peminat Terkejut CNN Indonesia Guna Gambar Hyunbin

Umum mengetahui bahawa pemerintah Korea Utara iaitu Kim Jong-un kini dikhabarkan berada dalam keadaan kritikal selepas melalui pembedahan kardiovaskular pada 12 April lepas. Desas-desus mengenai keadaannya yang makin serius itu mula dihidu orang ramai selepas beliau tidak muncul pada sambutan kelahiran datuknya iaitu Kim Il-sung pada 15 April lalu.

Disebabkan namanya dikenali ramai di seluruh pelosok dunia, sudah pasti sumber media daripada negara lain berebut-rebut untuk melaporkannya. Samalah seperti negara jiran kita iaitu Indonesia yang mengambil peluang keemasan untuk menyampaikan berita ini menerusi berita CNN Indonesia.

ri junghyuk dan kim jong un

Walaubagaimanapun, mengejutkan kerana pihak produksi berita tersebut telah menggunakan gambar watak Kapten Ri Jung-hyuk yang popular menerusi drama “Crash Landing On You” dan meletakkannya bersebelahan dengan wajah Kim Jong-un.

Tahulah Hyunbin cipta fenomena selepas berlakon watak tentera Korea Utara dalam drama genre melodrama itu dan menjadi idaman wanita sejagat! Tapi apa kaitannya dengan pemerintah Kim Jong-un dalam dunia realitinya walhal watak tersebut hanyalah rekaan sahaja.

ri junghyuk dan kim jong un

Disebabkan menerima kritikan daripada ramai orang termasuklah peminat Kapten Ri, CNN Indonesia telah pun mengeluarkan kenyataan bagi memohon maaf terhadap kesilapan teknikal itu.

Berita ini adalah mengenai perihal Kim Jong-un dan tiada kena-mengena dengan watak Kapten Ri Jung-hyuk dalam drama Korea.

Oleh sebab itu, program ‘News Update’ memohon maaf dan berjanji akan menyampaikan informasi yang lebih tepat pada masa akan datang.

Terkejut Hyunbin bangun pagi tadi bila tengok gambar dia sebelah Kim Jong-un!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...