Ikuti Kami:

“Kenapa Buat Macam Ini?” – Penonton Terkesima Lihat Episod Ke-15 ‘Hometown Cha Cha Cha’

“Kenapa Buat Macam Ini?” – Penonton Terkesima Lihat Episod Ke-15 ‘Hometown Cha Cha Cha’

Menjelang episod terakhir “Hometown Cha Cha Cha”, penonton dikejutkan dengan plot yang tidak disangka.

[Amaran SPOILER]

Kisah silam Du-shik

Akhirnya kisah silam Hong Du-shik (Kim Seon-ho) yang sebenar didedahkan. Pernah bekerja sebagai pengurus dana di sebuah syarikat sebelum ini, lelaki itu menanam trauma yang mendalam akibat kematian orang di sekelilingnya yang disangka berlaku kerananya.

Oleh kerana Kim Ki-hun (bapa kepada Kim Do-ha) yang benar-benar mahu melabur bagi mengubah kehidupan keluarganya, dia meminta bantuan Hong Du-shik untuk memberikan sedikit tips. Walaubagaimanapun, dek kurang arif dengan skim berkenaan, dia membeli dana berlainan daripada apa yang dicadangkan Hong Du-shik selain turut menjual hartanya termasuk geran rumah.

Keadaan stok semakin meneruk hingga membuatkan lelaki itu stres dan tidak berhenti-henti menghubungi Hong Du-shik yang memintanya bersabar dan tidak menjual dahulu stok berkenaan. Dalam masa yang sama, pengurus dana itu turt berada dalam keadaan sempit keran situasi genting stok namun kian tak tentu arah apabila mendapat tahu bahawa lelaki tua itu cuba membunuh diri.

tvn hometown cha cha cha

Dibantu oleh rakan rapatnya, Jung-woo, mereka terus menuju ke hospital yang menempatkan Kim ki-hun namun malang tidak berbau apabila mereka terlibat dalam kemalangan dan ianya meragut nyawa ‘abang’nya itu.

Lelaki itu menjual semua harta miliknya dan memberikan kesemuanya buat Isteri Kim Ki-hun walaupun dihina dan wanita itu sepertinya tidak menyedari bahawa suaminya bertindak atas pilihan sendiri. Meskipun cuba mengambil nyawanya sendiri, Hong Du-shik diselamatkan apabila Gam-ri menghantar mesek mahu berjumpa dengannya selain membuat keputusan untuk menetap di Gongjin semula. Malah dia mampu kembali bergaul apabila penduduk di situ langsung tidak menanyakan keberadaan lelaki itu dan hanya meminta bantuan dan menghantar bantuan buatnya selepas insiden itu. Bak kata Hong Du-shik ‘Gongjin merupakan penyelamatnya’.

Plot tidak dijangka

Selepas terbongkarnya kisah berkenaan, penonton kembali runsing apabila Gam-ri kelihatan kurang sihat sepanjang episod itu. Mengejutkan apabila wanita tua kesayangan Hong Du-shik itu meninggal dalam tidurnya namun memberitahu kepada dua sahabatnya bahawa dia berpuas hati dengan kehidupan sekarang dan mahu berkelah selepas ini.

tvn hometown cha cha cha

Respon penonton

Rata-rata penonton kurang memahami kenapa Hong Du-shik perlu menanggung segalanya meskipun dia hanyalah pengurus dana di syarikat berkenaan.

Tambahan pula, kematian Gam-ri akan menjadi tamparan yang hebat buat lelaki itu yang menderita dan sering menyalahkan dirinya sendiri apabila orang disekelilingnya menemui ajal.

Antara komen mereka:

Saya tak percaya penulis menulis watak Hong Du-shik seperti itu. Bukanlah salahnya namun dia yang pergi meminta maaf dengan semua orang.

 

Jadi sekiranya untung saya punya, tapi kalau rugi, ianya salah awak? Saya tak tahu bahawa ini ialah cara melabur.

 

Ini adalah salah dari segi undang-undang. Cuba semak ‘Financial Investment Services And Capital Markets Act’.”

 

Saya tahu awak mahukan ending bahagia pada akhirnya tapi perlu ke sampai macam ini?

 

Tak perlu kan sampai macam ini? Kenapa buat sebegini pada orang sekeliling Du-shik?

 

Saya tengah mencari penulis sekarang.

 

Macam mana dengan Du-shik? Dia baru sahaja meluahkan segalanya, kenapa buat macam ini?

 

Gam-ri ssi, kata-katanya sangat menyentuh hati dan saya terbelai kerananya.

 

Patutnya Gam-ri ssi sempat melihat Du-shik mempunyai keluarga sendiri.

 

Saya tak berhenti menangis tengok episod ini.

[SPOILER tamat]

Menangis tak berhenti tengok episod semalam kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...