Ikuti Kami:

“Kenapa Benci Saya Sedangkan Saya Tak Kenal Mereka Pun”- Lee Dongwook Pelik Dengan Komen Kebencian

“Kenapa Benci Saya Sedangkan Saya Tak Kenal Mereka Pun”- Lee Dongwook Pelik Dengan Komen Kebencian

Komen kebencian sepertinya merupakan suatu perkara yang normal bagi golongan selebriti tak kiralah di negara mana pun. Mungkin disebabkan orang ramai boleh menyorokkan identiti mereka apabila berada di atas talian, jadi mereka lebih berani untuk menyuarakan pendapat tanpa sebarang halangan atau tapisan. Mungkin nampak remeh tetapi disebabkan oleh mulut celupar sesetengah netizen menyebabkan beberapa artis Korea yang mengambil nyawa mereka sendiri kerana tidak betah menahan cacian.

Mungkin terkesan dengan berita sedih yang menyelubungi industri hiburan Korea sejak kebelakangan ini, pelakon Lee Dongwook meluahkan bahawa dia tidak memahami kenapa ada ramai pembenci di laman sosial walhal dia tidak mengenali setiap daripada mereka secara peribadi pun.

lee dongwook tidak faham kenapa ada golongan pembenci

 

“Sama seperti orang lain saya faham tidak semua akan sukakan kita. Tetapi apa yang membuatkan saya tertanya-tanya mengapa mereka mahu membenci saya sedangkan saya sendiri pun tidak kenal mereka?” katanya.

Menurut pelakon kacak ini lagi, meskipun di mampu menghadapi dengan semua situasi tersebut dengan baik tetapi ternyata ia bukanlah satu perkara yang mudah.

“Setakat ini saya belum pernah berdepan dengan situasi yang teruk namun saya akui selama lebih 20 tahun menjadi selebriti, kehidupan peribadi pasti menjadi perhatian masyarakat. Rasanya saya berjaya melalui perkara-perkara itu dengan tenang namun bila dilihat kembali… Perkara itu sememangnya tidak mudah,” jelasnya.

lee dongwook tidak faham kenapa ada golongan pembenci

Betul apa yang dikatakan oleh Lee Dongwook, kenapa ada orang membenci selebriti sedangkan para bintang tersebut langsung tidak pernah bertemu muka dengan mereka. Adakah mereka tertekan dengan kehidupan sendiri lantas melepaskan kesengsaraan tersebut dengan membenci para artis?

Sumber: Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...