Paling seronok apabila dapat mendengar kisah disebalik tabir antara hubungan ahli “Running Man” yang sudah seperti keluarga kini.
Terbaru, Song Ji-hyo, Haha dan Ji Suk-jin telah menyertai Yoo Jae-suk dalam “Pinggyego” bagi menceritakan pelbagai kisah yang berlaku disebalik penggambaran program popular tersebut.
Antara yang dibincangkan ialah mengenai sikap ‘blur’ Song Ji-hyo yang sering tak dapat membaca sketsa ahli lain ketika penggambaran. Kadang kala, dia akan menghubungi Yoo Jae-suk selepas rakaman dan meminta maaf kerana tak perasan bahawa mereka hanya bergurau namun dia mengambil ianya secara serius ketika penggambaran.
Kongsi Ji Suk-jin,
Ada sekali dia datang ke kereta saya sebelum penggambaran dan bertanya apa yang saua akan sembang hari ini supaya dia boleh menjangkakannya.
Mendengarkan cerita itu, ulas Yoo Jae-suk,
Song Ji-hyo memang gila. Kita mampu jangka kegilaan Mi-joo dan So-min namun kita tak tahu apa yang akan dikatakan Song Ji-hyo.
Tambah Haha,
So-min agak diam di luar kamera tapi Song Ji-hyo sama sahaja di luar atau dalam kamera.
Seloroh Yoo Jae-suk,
Hari ini pun mungkin boleh jadi dia akan menghubungi saya dan memohon maaf kerana bersikap kekok. Cuba jangan minta maaf. Kenapa awak selalu sangat minta maaf.
Biasalah Song Ji-hyo..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.