Ikuti Kami:

Kenapa Ahn Yujin Masih Belum Kembali Sebagai MC Di Inkigayo?

Kenapa Ahn Yujin Masih Belum Kembali Sebagai MC Di Inkigayo?

Sebelum yang diketahui sebelum ini pada 4 September, bahawa Ahn Yu-jin iaitu bekas ahli IZ*ONE telah positif COVID-19 dan memasuki sebuah pusat rawatan untuk fokus pada pemulihannya.

Ahn Yu-jin yang kini merupakan salah seorang pengacara untuk program muzik “SBS INKIGAYO” bersama dengan Sung-chan NCT dan Ji-hoon TREASURE, terpaksa berhenti seketika sebagai pengacara atas tempoh pemulihan.

Namun, pada 16 September, Starship Entertainment iaitu agensi bagi Yu-jin, telah mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan kepada peminat mengenai pemulihan penuh artis tersebut.

ahn yujin sungchan jihoon

Peminat yang menantikan Ahn Yu-jin sebagai MC di program tersebut tertanya-tanya mengapa dia masih belum kembali walaupun dia sudah pulih sepenuhnya dari COVID-19.

Walaupun ramai peminat telah menuntut penjelasan, kedua-dua Starship Entertainment dan SBS masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

Mungkin Yu-jin perlukan sedikit masa lagi untuk berehat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...