Ikuti Kami:

“Kenapa Agresif Sangat” – Pengawal Marah Hingga Menjerit, Lisa BP ‘Diserang’ Peminat Di Airport

“Kenapa Agresif Sangat” – Pengawal Marah Hingga Menjerit, Lisa BP ‘Diserang’ Peminat Di Airport

Setiap peminat pastinya ingin mengambil peluang untuk melihat sekilas idola kesayangan mereka kan?

Terbaru pada 15 September, Lisa BLACKPINK telah tiba di Lapangan Terbang Incheon dari Thailand, untuk persediaan konsert BLACKPINK di Seoul.

Setibanya wanita itu di lapangan terbang, situasi terus menjadi tidak terkawal apabila peminat berlari-lari ingin mendekati Lisa dan ada juga yang bertindak keterlaluan.

Dalam satu klip yang dikongsi, seorang peminat ingin memberikan hadiah kepada Lisa sehingga dia menolak pengawal keselamatan, dan akhirnya terlanggar wajah penyanyi itu.

Meskipun kebanyakan peminat tidak memberikan ruang buatnya tetapi Lisa tetap dilihat tersenyum dan setia melambai kepada mereka.

Haihh Lisa nak berjalan pun susah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...