Saluran YouTube rasmi agensi VARO Entertainment iaitu ‘VARO Playlist’ telah memuat naik video bertajuk ‘[-] Byun Woo-seok, Perkara yang Berlaku di Milan (Kisah Terakhir) #WooSeok’.
Video tersebut memaparkan Byun Woo -seok ketika berada di Milan, Itali atas urusan kerja. Ketika berbual dengan CEO agensinya, Byun Woo-seok berkata,
Saya suka bila sesuatu dirakam dalam video. Saya boleh tengok semula semasa saya susah.
Pelakon yang berasal daripada latar belakang peragaan ini kemudiannya ditanya oleh staf agensi,
Banyak kenangan zaman muda kamu dirakam dalam bentuk video, dan peminat kamu sangat menyukainya, bukan?
Byun Woo-seok menjawab, “Betul,” sambil termenung sejenak. Pada skrin turut tertera kapsyen, “Woo-seok tiba-tiba terkenang semula emosi dan detik-detik sejak debutnya.”
Selepas itu, Woo-seok tiba-tiba berkata, “Kenapa saya rasa nak menangis?” dan mengalirkan air mata. Selepas diam seketika sambil menangis, dia tersenyum malu dan berkata, “Sebab terlalu sedap (makanan)” sambil cuba berjenaka.
Byun Woo-seok memulakan kerjayanya dalam industri hiburan sebagai model pada awal 2010-an. Dengan visual yang menonjol dan fizikal yang tinggi lampai, beliau berjaya mencuri perhatian dalam industri fesyen menerusi pentas peragaan dan penggambaran editorial di dalam dan luar negara.
Tahun lalu, beliau mendapat perhatian besar apabila membintangi drama tvN “Lovely Runner” sebagai watak utama, Ryu Sun-jae, dan menerima sambutan hangat daripada peminat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.