Bukan senang kan untuk 2NE1 berada di tahap mereka seperti sekarang ni.
Susulan konsert mereka di Seoul pada awal Oktober yang lalu, 2NE1 telah tampil sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block” bagi menceritakan sedikit sebanyak tentang perjalanan mereka sebagai idola selama 15 tahun kini.
Dalam siaran itu, pengacara Yoo Jae-suk turut membawa topik tentang zaman G-Dragon dan Taeyang menjadi pelatih di YG Entertainment. Katanya,
Saya dengar semasa GD dan Taeyang jadi pelatih di YG, mereka pernah kena sediakan makanan untuk senior mereka.
Respon 2NE1 dengan berkongsi tentang pengalaman mereka pula,
Kami juga pernah membersihkan cermin sendiri. Tandas kat sana pun kami pernah cuci.
Sementara itu, episod penuh 2NE1 dalam “You Quiz on the Block” akan disiarkan pada 23 Oktober nanti.
Nantikan cerita penuh dari mereka!