Ikuti Kami:

“Kena Cantik.. Saya Tak Pernah Didiskriminasi” – Sabrina Ulas Isu Orang Korea Rasis Dengan Orang Malaysia

“Kena Cantik.. Saya Tak Pernah Didiskriminasi” – Sabrina Ulas Isu Orang Korea Rasis Dengan Orang Malaysia

Baru-baru ini, kecoh mengenai perbincangan yang tular di serata X mengenai kisah orang Korea yang memandang rendah orang Malaysia.

Menurut individu yang mengulas kisah itu, dia menceritakan bagaimana rakannya iaitu seorang orang Malaysia acap kali menerima layanan buruk dari warga Korea meskipun dia sendiri berasal dari luar negara namun di negara barat. Lantas timbul perdebatan mengenai sikap orang Korea yang kerap mengagungkan orang Barat dan merendahkan sesiapa dari Asia Tenggara.

Terpanggil untuk mengulas isu ini, Sabrina iaitu seorang pempengaruh Malaysia yang aktif di Korea kini telah menyampaikan pendapatnya. Walau bagaimanapun, segelintir individu mencemuh penjelasan itu kerana Sabrina seolah-olah memandang ringan mengenai isu berkenaan. Soal seorang pengikut,

Jadi, awak nak cakap yang awak sepadan dengan standard kecantikan Korea, sebab tu awak tak faham isu tu?

@jpbrinx Replying to @sara semoga menjawab soalan hehe #tiktokmalaysia ♬ original sound – Sabrina 리나

Gadis itu kemudiannya memuat naik video penjelasan kedua bagi menjelaskan isu berkenaan dan meminta maaf jika ada yang tidak memahami konteks penjelasan yang disampaikan dalam video pertama.

Saya 6 tahun duduk sini (Korea), saya selesa je. Saya tak pernah lalui situasi diskriminasi seteruk yang diceritakan oleh kisah individu itu. Apa yang ingat ialah seorang mak cik ni tak nak layan saya, sebab dia ingat saya tak pandai berbahasa Korea. Tapi bila saya berbahasa Korea, terus dia layan saya dan beri barang percuma lagi.

Jelas Sabrina, bukan maksudnya untuk mengatakan bahawa dia cantik atau pun pun sepadan dengan standard kecantikan Korea. Cuma realitinya, memang layanan baik untuk orang cantik adalah benar.

Dalam masyarakat Korea, memang orang berkulit gelap akan dipandang rendah. Benda ini memang sudah dibincangkan dalam pelbagai artikel. Saya cuma nak bagitahu bahawa ini lah realiti kehidupan di Korea.

sabrina azhar

Tambah gadis itu, penjelasan yang dilakukannya itu hanyalah sebagai peringatan buat sesiapa yang mahu menyambur belajar atau pun bekerja di negara itu. Tegasnya, dia juga tidak bersetuju dengan standard kecantikan yang ditetapkan selain menyelar tindakan mendiskriminasi mana-mana pihak.

Di akhir video, Sabrina memohon maaf sekali lagi sekiranya ada yang menyangka dia tidak mengambil serius isu berkenaan selain meminta semua supaya memberikan fokus kepada ibadah mereka di 10 malam terakhir Ramadan ini.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...