Ikuti Kami:

“Kena ‘Buat’ Waktu Muda..” – Beri Ucapan Berbaur Lucah Di Majlis Kahwin Lee Seunggi, Lee Soonjae Beri Respon

“Kena ‘Buat’ Waktu Muda..” – Beri Ucapan Berbaur Lucah Di Majlis Kahwin Lee Seunggi, Lee Soonjae Beri Respon

Sebelum ini, pelakon Lee Soon-jae telah dikritik ramai kerana ucapannya yang berbaur lucah di majlis perkahwinan Lee Seung-gi dan Lee Da-in.

Terdahulu pada bulan April, Lee Soon-jae telah merasmikan perkahwinan Lee Seung-gi dan Lee Da-in, diikuti dengan ucapannya yang berbunyi,

Apabila awak masih kuat dan mempunyai banyak tenaga! Menyayangi satu sama lain dengan penuh semangat dah aktif! Lakukannya lima kali seminggu! Awak tidak boleh melakukannya nanti apabila sudah tua.

Khususnya, perkara itu telah menjadi kontroversi kerana pelakon veteran itu dianggap tidak menghormati pasangan dan sikap begitu ‘terbuka’.

 

Mengenai ini, Lee Soon-jae sendiri telah memberi respon menerusi program “The President’s People” yang disiarkan pada 9 Oktober. Dia menjelaskan,

Itu adalah perkara asas perkahwinan. Apakah syarat perkahwinan? Ia adalah gabungan jantinan.

Sambungnya lagi,

Itulah sebabnya saya berkata ‘cinta bersungguh-sungguh’. Awak harus melakukannya semasa awak masih muda kerana awak tidak boleh buat bila dah tua nanti.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...