Ikuti Kami:

“Kena Buang ‘K’ Dari K-Pop” – Pengasas HYBE, Bang Sihyuk Dikritik Peminat Dari Seluruh Dunia

“Kena Buang ‘K’ Dari K-Pop” – Pengasas HYBE, Bang Sihyuk Dikritik Peminat Dari Seluruh Dunia

Biar betul?

Pengasas HYBE Entertainment iaitu Bang Si-hyuk, sedang hangat diperkatakan oleh peminat serta netizen terutamanya di Korea, selepas mencadangkan bahawa huruf ‘K’ perlu dibuang dari ‘K-Pop’ dan keluar dari kepompong Korea.

Di dalam temu bual yang dijalankan pada baru-baru ini, Bang Si-hyuk telah berkata,

Sekarang ni saya sering cakap yang kita perlu buang ‘K’ dari K-Pop sebab sekarang kita kena memenuhi keperluan pengguna dalam pasaran luar.

Pengasas syarikat yang menempatkan kumpulan terkenal seperti BTS, SEVENTEEN, ENHYPEN dan TXT itu mempercayai bahawa bersandar kepada tema universal adalah kunci untuk pengembangan global yang lebih menyeluruh.

Namun, pendapat yang diluahkan oleh Bang Si-hyuk telah dikritik oleh peminat serta netizen dari serata dunia di komuniti atas talian.

Malah, perspektif pengasas itu telah menerima puluhan ribu tontonan serta ratusan komen dari peminat yang sedang marah.

Antara komen yang ditinggalkan oleh peminat ialah,

K-Pop bukan milik dia, tapi kenapa dia sibuk nak suruh orang buat macam-macam. Baik awak fokus dengan HYBE sahaja.

 

Sekarang dia nampak lebih macam ahli perniagaan yang tidak ada ilmu pasal lagu berbanding dengan kerjaya asal dia sebagai penerbit lagu.

 

Jujur, setiap kali dia buat temu bual, dia kelihatan macam baru lepas menang loteri dengan BTS. Dia nampak macam tak tahu apa-apa tentang industri ini.

komen

Dalam masa yang sama, HYBE Entertainment masih lagi tidak memberikan serta mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan dengan isu tersebut.

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...