Ikuti Kami:

“Kena Bersedia Gagal” – Meski Popular, Ahli SUPER JUNIOR L.S.S ‘Merayu’ Agar Peminat Beli Tiket Konsert

“Kena Bersedia Gagal” – Meski Popular, Ahli SUPER JUNIOR L.S.S ‘Merayu’ Agar Peminat Beli Tiket Konsert

Ahli SUPER JUNIOR L.S.S telah merayu peminat untuk membeli tiket ke konsert mereka yang akan datang.

Sub-unit SUPER JUNIOR iaitu L.S.S yang dianggotai oleh Lee-teuk, Shin-dong dan Si-won telah mengeluarkan album mini, “Let’s Standing Show” pada 17 januari yang lalu, dan akan mengadakan konsert pertama mereka “THE SHOW: Th3ee Guys” pada 3 dan 4 Februari ini di Korea.

Walau bagaimanapaun, peminat telah mendapati bahawa jualan tiket itu tidak mendapat sambutan ramai dan masih terdapat banyak lagi tiket yang tidak terjual.

Disebabkan ini, ahli-ahli unit tersebut telah mempromosikan konsert mereka di media sosial dan merayu agar peminat membeli tiket tersebut dengan menggunakan beberapa gambar meme.

suju lss meme

Malah, Lee-teuk juga telah bersuara secara langsung mengenai situasi jualan tiket tersebut dengan lebih serius. Di mana, ketika peminat meminta unit tersebut untuk datang ke negara mereka, Lee-teuk telah berkata,

Untuk datang ke negara lain, kami kena pastikan yang konsert di Korea berjaya terlebih dahulu. Tapi melihat situasi sekarang, kami kena bersedia untuk gagal.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...