Peminat K-Drama mustahil lah kalau tak kenal pelakon veteran Kim Mi-kyung.
Pasti ramai yang telah menemui Kim Mi-kyung dengan wataknya sebagai seorang ibu, menerusi pelbagai naskhah seperti “Welcome to Samdalri”, “The Heirs” dan banyak lagi.
Namun dalam program JTBC “The Receipt” sebelum ini, Kim Mi-kyung berkongsi bahawa dia pernah menolak tawaran untuk membintangi naskhah melodramatik.
Hal ini kerana, wanita itu enggan terlibat dalam kisah percintaan, menjelaskan bahawa dia tidak suka watak yang berpusat pada cinta.
Bukan itu sahaja, Kim Mi-kyung juga mendedahkan bahawa dia pernah menolak projek yang memerlukannya untuk merakam adegam ciuman. Katanya,
Watak itu adalah seorang ibu yang mempunyai hubungan sulit dan perlu mencium kekasihnya. Tetapi saya dengan tegas menolak peranan itu dan berkata ‘Kalau saya perlu berciuman, saya tidak akan menyertai drama itu’.
Mungkin sebab dia dah berusia dan ada keluarga sendiri kot..