“Lovely Runner” popular semestinya kerana Kim Hye-yoon dan Byun Woo-seok kan?
Dalam satu temubual rasmi, pengarah Yoon Jong-ho telah berkongsi lebih mengenai kejayaan drama tvN berkenaan. Namun salah satu penjelasannya menjadi perdebatan hangat netizen.
Katanya watak Im Sol lakonan Kim Hye-yoon bukan sahaja memerlukan bakat lakonan tinggi namun juga mesti memiliki visual yang cantik,
Kerana penonton perlu yakin bahawa Sun-jae jatuh cinta dengan Sol pada pandangan pertama. Saya ingin menonjolkan kecantikan tertinggi Kim Hye-yoon.
Tambahnya lagi,
Saya sering memarahinya kerana hal itu. Kepada seorang pelakon yang kekuatannya adalah kemahiran lakonan, saya meminta dia untuk bekerja lebih untuk membaiki visualnya.
Para netizen nyata marah dengan kenyataan pengarah tersebut dan mengeluh dengan stigma pelakon wanita yang hanya perlu cantik sahaja dan langsung tidak mengambil kira bakat lakonan yang bagus.
Kim Hye-yoon memang dah cantik lah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.