Ikuti Kami:

“Kena Ada Yoo Jaesuk Juga” – Joo Woojae & Jo Seho Gagal Selamatkan, Rating ‘Beat Coin’ Jatuh Ke 0%

“Kena Ada Yoo Jaesuk Juga” – Joo Woojae & Jo Seho Gagal Selamatkan, Rating ‘Beat Coin’ Jatuh Ke 0%

Program realiti “Beat Coin” gagal mencapai jangkaan dengan kadar tontonan sekitar 1% sahaja kini.

Berdasarkan data Nielsen Korea, rating program ini jatuh ke catatan 0.8% sahaja dalam episod terbarunya. Manakala, kadar tontonan di kawasan metropolitan pula adalah 0.6% sahaja.

Untuk pengetahuan, rating kali ini adalah yang terendah dalam sejarah rancangan ini. Malah, ia merupakan yang paling rendah dalam kalangan program lain yang ditayangkan dalam slot sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KBS 홍김동전 (@hk_coin)

Sejak siaran pada 30 Mac lalu, rating “Beat Coin” berada dalam lingkungan 1% selepas mencatatkan kadar tontonan sebanyak 2.1% sebelum itu. Selepas mencatatkan 1.2% pada 24 Ogos, ia berjaya mencapai peningkatan yang lemah dalam kadar tontonan dengan 1.4% pada 31 Ogos, 1.6% pada 7 September, dan 1.7% pada 14 September. Kemudian, pada 21 September, ia menurun kepada 1.5%, dan 1.1% pada 5 Oktober, menunjukkan penurunan kadar tontonan yang ketara.

Untuk episod kelmarin, program itu bersaing dengan pelbagai rancangan seperti “Seojin’s”, “The Kidnapping Day” di mana keduanya rating memuaskan iaitu 3.8% dan 4.2% masing-masing.

Korang rasa kenapa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...