Lisa BLACKPINK akan kembali tak lama lagi!
Pada 18 Jun, Lisa BLACKPINK telah mengumumkan tarikh serta butiran kemunculan semula solonya yang telah lama ditunggu oleh peminat.
Ahli BLACKPINK itu akan kembali dengan lagu berjudul “ROCKSTAR” pada 28 Jun ini.
Tidak berhenti di situ, “ROCKSTAR” juga merupakan kemunculan semula Lisa yang pertama selepas kejayaan kemunculan sulungnya sebagai penyanyi solo dengan album “LALISA” pada tahun 2021 yang lalu.
ROCKSTAR. 06.27 EST / 06.28 KST 🤘💫🎸 #LISAxROCKSTAR pic.twitter.com/SRYQ6WzSdV
— LLOUD (@wearelloud) June 18, 2024
Penyanyi kelahiran Thailand itu sebelum ini telah berjaya mencipta rekod serta menduduki carta lagu tertinggi dengan album solo pertamanya.
Disebabkan itu, rata-rata peminat telah meletakkan jangkaan yang tinggi terutamanya kerana ini merupakan kemunculan semula pertamanya di bawah agensi sendiri.
Korang dah sedia ke belum nak dengar lagu baru Lisa?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.