Ikuti Kami:

Kemelut Dengan Agensi, Ji Sukjin Kongsi Urus Sendiri Saluran YouTube Peribadi

Kemelut Dengan Agensi, Ji Sukjin Kongsi Urus Sendiri Saluran YouTube Peribadi

Selepas Song Ji-hyo, Ji Suk-jin pula ada masalah dengan agensi yang sama?

Terbaru, Ji Suk-jin telah memuat naik video baru di saluran YouTubenya selepas 4 bulan, berkongsi berita baru kepada penonton.

Khususnya dalam video itu, lelaki tersebut memberitahu,

Sukar untuk memuat naik video baru kerana situasi dalaman dan kami sempat menyusun semula jadual buat sementara waktu. Saya akan berjumpa anda tidak lama lagi dengan video yang lebih baik.

Kemudian, dia turut mendedahkan,

Buat masa ini, saya telah berdikari untuk menguruskan saluran ini. Dulu, saya dan syarikat berkongsi kepentingan tapi sekarang akaun ini 100% milik saya. Mulai sekarang, saya akan berdikari.

Mengenai masalahnya bersama agensi, Ji Suk-jin berkata,

Saya tidak boleh bercakap tentang segala-galanya tetapi saya akan bercakap mengenainya suatu hari nanti.

Untuk pengetahuan, Ji Suk-jin sedang bernaung di bawah agensi Uzurocks, yang juga merupakan bekas agensi Song Ji-hyo.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ji Suk-jin..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...