Ikuti Kami:

Kembali Berlakon Selepas 5 Tahun, Kim Taehee Bawa Watak Roh Cuba Pulang Ke Dunia Dalam ‘Hi Bye, Mama!’

Kembali Berlakon Selepas 5 Tahun, Kim Taehee Bawa Watak Roh Cuba Pulang Ke Dunia Dalam ‘Hi Bye, Mama!’

Kalau anda perasan, pelakon Kim Taehee sudah hampir 5 tahun berehat daripada dunia lakonan sejak naskhah terakhirnya iaitu “Yongpal” habis ke udara. Sejak itu, wanita tersebut telah membina keluarga bersama penyanyi Rain dan pasangan itu turut dikurniakan dua orang cahaya mata.

Ramai peminat yang menantikan Kim Taehee membuat kemunculan kembali dalam projek terbaru dan nampaknya permintaan itu kini menjadi kenyataan apabila pelakon tersebut bakal muncul dalam drama terbaru di bawah saluran tvN. Drama “Hi Bye, Mama!” mengisahkan tentang seorang isteri yang terpisah daripada keluarganya akibat satu kemalangan ngeri. Ia membawa penonton menelusuri jalan si isteri muncul semula dalam kehidupan suami dan anaknya sebagai roh selain usahanya untuk menjelma kembali sebagai manusia dalam masa 49 hari.

hi bye, mama kim taehee

Watak Kim Taehee digambarkan sebagai seorang roh yang gembira dan penyibuk. Secara lahiriahnya dia sememangnya merupakan seorang yang girang dan optimistik tetapi dia tidak mampu untuk ke dunia lain kerana sesal tidak dapat memegang anaknya buat kali terakhir. Untuk sebab yang tidak pasti, dia tidak dibawa ke pentas penghakiman di akhirat tetapi diberi peluang untuk kembali ke dunia sekiranya dia berjaya membuktikan kemampuannya dalam masa 49 hari.

hi bye, mama lee kyuhyung Watak suaminya pula dibawa oleh Lee Kyuhyung di mana lelaki itu telah menanam rasa cinta kepada isterinya jauh di lubuk hatinya selepas tragedi itu. Walaupun pada awalnya dia merupakan seorang yang peramah dan baik tetapi personalitinya berubah selepas kematian isteri kesayangannya. Namun apabila isterinya muncul kembali dalam hidupnya selepas lima tahun, hidupnya bertukar gelisah.

Semua peminat Kim Taehee sudah tidak sabar ingin menyaksikan wanita itu kembali beraksi di hadapan kaca televisyen selepas lama menyepikan diri. Drama “Hi Bye, Mama!” bakal memulakan tayangan selepas drama “Crash Landing On You” tamat. Namun tiada tarikh yang spesifik dikeluarkan lagi melainkan ianya disahkan akan ditayangkan pada Februari ini.

Sumber: DramaBeans

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...