Ikuti Kami:

Kembali Aktif Selepas 4 Tahun, Han Gain Jadi Hos Program Kaunseling ‘Circle House’

Kembali Aktif Selepas 4 Tahun, Han Gain Jadi Hos Program Kaunseling ‘Circle House’

Ramai yang rindukan Han Ga-in kan? Nampaknya korang melihatnya di kaca televisyen tak lama lagi!

Pelakon wanita itu disahkan bakal menjadi hos bersama Doktor Oh Eun-young dan Lee Seung-gi untuk sebuah program bertajuk “Circle House”. Ianya merupakan rancangan kaunseling di mana para hos bersembang dengan tetamu anak muda secara jujur. Para pemohon ini akan berkongsi masalah mereka dan cuba berbincang dengan penonton untuk mencari penyelesaian bersama.

sbs circle house

Sudah 4 tahun tidak aktif selepas drama “Mistress” tamat pada 2018, kongsi Han Ga-in mengenai penyertaannya ini,

Saya berasa mudah faham dengan niat program ini, jadi saya mahu menjadi sebahagian daripadanya. Saya banyak menghabiskan masa dengan anak-anak dan saya kembali aktif selepas 4 tahun, lantas saya akan menyertainya dengan bersemangat. Saya seronok dapat menjadi sebahagian program yang baik.

Dalam pada itu, Han Ga-in turut menyatakan bahawa dia merupakan peminat setia Doktor Oh Eun-young.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...