Ikuti Kami:

Kematian Jadi Spekulasi, Song Jaerim Didedah Bakal Berkahwin Tapi Terbatal Dek Diganggu Peminat Psiko?

Kematian Jadi Spekulasi, Song Jaerim Didedah Bakal Berkahwin Tapi Terbatal Dek Diganggu Peminat Psiko?

Sepertinya masih ada lagi yang berbual mengenai kematian pelakon Song Jae-rim.

Terdahulu, pelakon itu dijumpai tidak bernyawa di kediamannya dan pihak polis khabarnya turut menemui dua helai nota bunuh diri.

Meskipun tidak dijelaskan dengan lebih lanjut, ramai yang mencari punca yang menyebabkan mendiang mengambil langkah ekstrem sedemikian.

Menurut laporan media, Song Jae-rim diganggu peminat fanatik (sasaeng) di mana individu itu dikatakan sering mendedahkan pelbagai maklumat peribadinya di media sosial.

Terbaru, terdapat khabar angin berterbangan mengatakan bahawa peminat tersebut telah mengganggu kehidupan peribadi mendiang itu dengan teruk hingga menyebabkan kenalan rapatnya terganggu.

song jaerim fiance

Kononnya, Song Jae-rim sebenarnya sudah mempunyai rancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya, seorang wanita berusia 24 tahun dan mereka sudah pun sebenarnya mengambil gambar pra-perkahwinan. Walau bagaimanapun, peminat tersebut terus menerus mengganggu pasangan berkenaan dan menyebarkan info peribadi wanita berkenaan untuk tatapan umum.

Hal ini semakin hangat diperkatakan kerana bisnes yang dipelopori wanita itu diletakkan di bawah nama Song Jae-rim sekaligus membuktikan betapa serius hubungan mereka. Mungkin terkesan dengan insiden itu, si wanita khabarnya memutuskan hubungan tersebut atas sebab tekanan melampau dari peminat berkenaan.

Pun begitu, ini adalah khabar angin sahaja. Jadi, kita ambil kisah ini sebagai gosip dan iktibar sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Naver Blog

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...