Mesti ramai yang tahu kan bahawa Taeyang dan Min Hyo-rin dah jadi ibu bapa kepada seorang anak mereka kini.
Baru-baru ini, seorang peminat telah memuat naik video Taeyang dan Min Hyo-rin yang dilihat sedang membawa anak mereka bersiar-siar.
Dalam video yang dikongsi, pasangan itu mesra memegang tangan anak lelaki mereka itu dan mengiringnya untuk berjalan.
View this post on Instagram
Meskipun hanya dari pandangan belakang, ramai rata-rata terharu melihat keluarga bahagia itu dan menulis,
- Untung anaknya dapat ayah paling cool.
- Keluarga harmoni!
- Mesti comel anaknya!
Comel betul la keluarga ni!