Ikuti Kami:

Kelihatan Ceria Dalam Update Terbaru, Peminat Gembira Lihat Kim Woobin Semakin Sihat

Kelihatan Ceria Dalam Update Terbaru, Peminat Gembira Lihat Kim Woobin Semakin Sihat

Seperti yang diketahui semua, pelakon Kim Woo-bin pernah melalui saat yang gelap dalam hidupnya apabila disahkan menghidap penyakit kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak iaitu kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017 dahulu. Tetapi lelaki itu bernasib baik kerana ketumbuhannya itu dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia menjadi lebih serius.

Selepas dikhabarkan bakal kembali ke dunia lakonan, lelaki itu juga sudah mula aktif menyertai pelbagai jadual seni. Terbaru, Kim Woo-bin dilihat cergas apabila menghadiri satu penggambaran untuk majalah. Sedutan pendek itu dimuat naik oleh syarikat naungannya iaitu AM Entertainment.

 

View this post on Instagram

 

“우리 매니저를 소개합니다😆” – #김우빈 #KimWooBin #金宇彬

A post shared by 에이엠엔터테인먼트 (@ament_official) on

Daripada klip itu, dapat dilihat bahawa pelakon kacak tersebut memeluk manja pengurusnya sebelum kembali memasuki set penggambaran. Comel!

Melihatkan telatahnya yang cergas membuatkan para peminat berasa lega dan yakin bahawa kesihatannya kian pulih. Hampir 3 tahun menyepikan diri, sudah pasti ramai yang rindu untuk melihat Kim Woo-bin.

Harap Kim Woo-bin terus sihat sentiasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...