Ikuti Kami:

Kelakuan Dikritik Dek Asyik ‘Complain’ Dalam Program ‘Lined Up Restaurant’, Sung Hoon Mohon Maaf

Kelakuan Dikritik Dek Asyik ‘Complain’ Dalam Program ‘Lined Up Restaurant’, Sung Hoon Mohon Maaf

Aktif dalam dunia program hiburan kini, nama pelakon Sung Hoon tiba-tiba menjadi sebutan ramai kelmarin.

Ini kerana lelaki itu telah menyertai program “Lined Up Restaurant” bersama Park Na-rae dan Haetnim untuk mencuba restoran stu kimchi di Hwanghak-dong.

Meskipun sedang dalam rakaman, kelakuan Sung Hoon yang kurang sabar nyata membuatkan penonton tidak selesa. Katanya selepas melihat ramai yang beratur walaupun kedai tersebut belum dibuka,

Perlu ke kita rakam sampai giliran kita?

sung hoon line up restaurant

Dia kemudiannya cuba menarik Park Na-rae,

Ikut saya. Saya tak suka beratur dalam barisan. Saya bukan seseorang yang suka mencari restoran sedap. Kalau ada seorang pun yang dah beratur, saya akan ke restoran lain.

Semasa sedang menunggu, pelakon berkenaan terus mengadu sambil mencangkung dengan kamera sendirinya di lantai,

Jomlah pergi tempat lain.

sung hoon line up restaurant

Selepas memasuki restoran itu, Sung Hoon meletakkan daging di atas pemanggang tanpa berkata sepatah pun. Apabila ia sudah masak, dia terus mengambil beberapa keping daging sekali dan menjamahnya sekaligus mengejutkan Park Na-rae dan Haetnim.

Rata-rata penonton yang menyaksikan kejadian itu meninggalkan kritikan,

Bukankah dia patut menyemak program apa yang disertainya sebelum memilih untuk menjadi tetamu?

 

Saya rasa dia marah sebab dia lapar.

 

Adakah Park Na-rae dan Haetnim perasan perangainya? Mereka nampak sangat sibuk.

 

Nampak sangat dia marah, jadinya agak sukar menonton episod ini.

sung hoon line up restaurant

Pun begitu, ada yang ‘back-up- Sung Hoon dan mengatakan,

Sepertinya dia hanya fokus untuk makan.

 

Saya tak terfikir mengenainya pun.

 

Saya merasakan dia hanya seorang yang tak boleh tahan lapar.

Dalam pada itu, ada yang turut mengkritik lelaki tersebut kerana menggeleng kepalanya bagi menghilangkan peluh di dahi ketika makan. Bagi mereka, perbuatan itu agak tidak bersih terutamanya dalam era di mana semua perlu berhati-hati dengan wabak.

Jawab agensi Sung Hoon berikutan hal ini,

Saya hanya mahu berseronok jadi mungkin ada bahagian yang dibuat dengan berlebihan. Saya minta maaf sekiranya ada yang tak selesa. Saya akan melihat dengan lebih mendalam mengenainya pada masa hadapan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...