Ikuti Kami:

“Kelakar Macam Ayahnya” – Pernah Sakit, Penonton Lega Lihat Telatah Anak Bongsu Haha Dalam ‘Haha Bus’

“Kelakar Macam Ayahnya” – Pernah Sakit, Penonton Lega Lihat Telatah Anak Bongsu Haha Dalam ‘Haha Bus’

Biasa mendengar sahaja atau menonton dengan sekilas di saluran YouTube, akhirnya Haha dan keluarganya bakal menyertai sebuah rancangan realiti bersama.

BACA: Hidap Penyakit Saraf, Byul Kongsi Kondisi Anak Bongsu Kian Pulih Kini

Menerusi ENA, keluarga penghibur itu yang terdiri daripada isterinya dan anak mereka iaitu Ha Dream, Ha Soul dan Ha Song akan melancong sekitar Korea dengan menaiki bas pelancongan dipanggil “Haha Bus”.

Meskipun belum bersiaran namun kesemua penonton meluahkan rasa teruja melihat telatah anak kecil keluarga itu terutamanya Song, anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan mereka.

haha bus

Baru sahaja baik daripada penyakit auto-imun iaitu sindrom Guillain-Barre di mana ianya menyebabkan lemah bahagian otot bawah anggota badan, kelincahan Song nyata membuatkan semua tersenyum dan gembira.

Komen penonton, rata-ratanya mengatakan bahawa anak perempuan mereka itu mempunyai persoanaliti seperti ayahnya yang periang dan berbakat menyanyi seperti ibunya. Malah ada yang menebak Song mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi selebriti pada suatu hari nanti.

Kata mereka,

Macam mana Song Boleh bercakap dengan petah dan pandai sebegini? Seronok sangat melihatnya.

 

Song sangat baik dan pandai berkata-kata. Comel pula tu, geram sangat!

 

Mak cik nak pengsan tengok awak..

 

Song seorang yang genius!

 

Melihatkan anak-anak yang baik, saya yang berasa gembira.

Dalam pada itu, Haha turut berkongsi bahawa dia bersetuju untuk menyertai program ini adalah kerana ini meluangkan masa yang lebih banyak bersama keluarganya.

Tonton “Haha Bus” bermula 4 April ini di ENA~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...