Kelakar! Lee Kwangsoo Disakat Oleh Ahli ‘Running Man’ Mengenai Tetamu Wanita & Kekasihnya

lee kwangsoo lee sunbin

Bukan “Running Man”lah kalau Lee Kwangsoo tak kena usik dengan abang, kakak dan adiknya yang lain! Kadang-kadang rancangan itu jadi lebih kelakar apabila melihatkan reaksi Kwangsoo yang bengang sebab asyik kena usik. Sama juga dengan apa yang berlaku dalam episod “Running Man” baru-baru ini.

Semasa sesi pembukaan, Yoo Jaesuk telah menegur tetamu YooA daripada kumpulan idola Oh My Girl mengenai kemunculan pertamanya dalam rancangan tersebut. Gadis itu membalas bahawa dia berasa gementar tetapi tak pastilah sebab cuaca yang sejuk atau pun sebab dia gentar.

lee kwangsoo

Kim Jongkook mengambil peluang itu untuk mengusik Kwangsoo yang berdiri di sebelah YooaA, “Kan dia cakap dia sejuk!” Kwangsoo terus kelihatan bingung dengan pernyataan lelaki sasa itu dan kemudiannya dia disuruh memberikan jaketnya kepada gadis tersebut kerana dia sejuk. Kim Jongkook berterusan ‘menyeksa’ pelakon tinggi lampai itu, “Dulu awak selalu berikan jaket kepada tetamu wanita tapi awak dah berhenti lakukannya sekarang.” Kwangsoo terus membalas, “Saya dah mula selsema.”

lee kwangsoo

Apabila YooA berpaling kepada Kwangsoo dan melihatnya dengan penuh pengharapan, lelaki itu mengungkap, “Adakah awak berpuas hati sekiranya saya tanggalkan jaket ini?” Haha kemudian menambah ‘perisa’ kepada adegan itu, “Kwangsoo, awak buat apa berdiri sebelah YooA seperti itu walhal dia sejuk?” Kim Jongkook menambah, “Awak buat apa? Kan dia cakap dia sejuk!” Somin turut masuk sekali dalam perdebatan itu, “Dia kan perempuan.”

lee kwangsoo

Selepas ‘dibasuh’ oleh ahli “Running Man” yang lain, Kwangsoo dengn perlahan mula menanggalkan jaketnya namun Yoo Jaesuk mula menyakatnya dengan muka yang serius, “Habis Sunbin (teman wanita Kwangsoo) macam mana?” Kim Jongkook berseloroh, “Adakah awak memang selalu baik dengan wanita lain macam ni, padahal dah ada kekasih sendiri?”

lee kwangsoo

Terkejut dengan ‘tohmahan’ abang-abangnya itu, Lee Kwangsoo terus ‘meletup’ dan menjerit, “Awak semua memang tak guna! Semua jahat!” Semua mereka terus gelak ‘syaitan’ selepas berjaya menyakat Kwangsoo selain Sukjin juga menambah, “Seronok betul bila dapat usik Kwangsoo.”

lee kwangsoo

lee kwangsoo

Lawak betul babak ni, berdekah ketawa lihat muka Kwangsoo yang ‘frust’ lepas kena sakat dengan ahli “Running Man” yang lain!

Sumber: Soompi

Leave a Reply