Siapa sangka isu Han So-hee melibatkan Hyeri dan Ryu Jun-yeol kembali hangat diperkatakan.
Baru-baru ini, Han So-hee telah dituduh membuka akaun Instagram palsu dan meninggalkan komen jahat di akaun Hye-ri. Walau bagaimanapun, dia menafikan hal berkenaan.
Kemudian, agensi pelakon wanita itu mengumumkan kenyataan baru bagi menjelaskan lagi mengenai salah faham itu,
Ini adalah 9ato Entertainment. Kami ingin menyampaikan pendirian rasmi kami mengenai laporan tentang pelakon Han So-hee.
Akaun SNS yang didedahkan di media bukanlah akaun Han So-hee, dan kami akan mengambil tanggungjawab undang-undang sepenuhnya kalau perkara ini tidak benar.
Kami juga memohon agar anda mengelakkan daripada membuat spekulasi yang tidak disahkan.
Terima kasih.
Rata-rata peminat menyelar kenyataan berkenaan dek penggunaan ‘kalau’ kerana ia menggambarkan mereka sendiri tidak pasti sama ada akaun itu benar-benar milik Han So-hee ataupun tidak.
- ‘Kalau tak benar’ adalah ayat yang paling kelakar dalam kenyataan ini.
- Agensi dia sekali lagi huru-hara.
- Bahagian ‘kalau tak benar’, seolah-olah dia mengaku sendiri.
- Ada cara ke dia nak buktikan yang akaun tu bukan milik dia?
Entahlah..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.