Ikuti Kami:

“Kelakar Lah Dia..” – Terbukti Popular, Babak Song Jihyo Ini Bantu ‘Running Man’ Raih Rating Tertinggi

“Kelakar Lah Dia..” – Terbukti Popular, Babak Song Jihyo Ini Bantu ‘Running Man’ Raih Rating Tertinggi

Rasanya tiada siapa boleh menyangkal bahawa Song Ji-hyo sebenarnya membawa tuah buat “Running Man”.

Dalam episod terbaru program itu, mereka telah menyambut kepulangan Ji Suk-jin yang berehat selama 5 minggu atas masalah kesihatan. Bukan itu sahaja, kesemua ahli telah menjalani pemeriksaan badan dan menilik nasib masing-masing.

Ketika sesi memasak, Song Ji-hyo telah berjanji bahawa dia mahu menyediakan makanan sihat buat Ji Suk-jin sempena kepulangannya. Malah dia memarahi ahli lelaki lain yang mahu membantunya mempersiapkan makanan.

song jihyo

Malah ramai yang terhibur melihat wanita itu yang boleh bermain sendirian tanpa perlu mengharapkan bantuan yang lain. Walaupun ahli lelaki meluahkan rasa risau sekiranya dia boleh memasak dalam porsi yang besar namun mereka terkejut apabila menjamah makanan yang disiapkan oleh Song Ji-hyo dan tak putus-putus memberikan pujian.

Komen penonton,

Saya memang sakit perut sebab gelak melihat perangai Song Ji-hyo.

 

Song Ji-hyo kelakar sangat hari ini.

 

Kelakar lah bila dia baring tiap kali tekanan darahnya naik.

 

Lawak lah bila dia cakap ‘ayam yang tak berbaju’.

 

Baiknya hati dia.

Malah menurut Nilsen Korea, titik rating tertinggi yang dicapai ketika episod terbaru itu ialah 7% per minit di mana ia menaik pada ketika Song Ji-hyo memasak.

Hebat kan dia?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...