Ikuti Kami:

Kelakar! Demi Selesaikan Misi, Somin Dan Haha Lucutkan Baju Kwangsoo Secara Paksa

Kelakar! Demi Selesaikan Misi, Somin Dan Haha Lucutkan Baju Kwangsoo Secara Paksa

Setiap episod rancangan Running Man pasti kelakar. Sama juga dengan episod baru yang ditayangkan pada Ahad lepas nyata tidak menghampakan apabila banyak babak lawak sepanjang tayangannya. Paling kelakar apabila Jun Somin dan Haha telah menarik dan membuka baju yang dipakai Lee Kwangsoo untuk menjayakan misi kumpulan mereka.

Salah satu misi dalam episod tersebut ialah setiap kumpulan perlu membuka mana-mana muka surat sebuah kamus secara rawak dan pilih perkataan yang disenaraikan dalam muka surat itu. Setiap kumpulan perlu membawa barangan yang membawa maksud kepada perkataan yang mereka telah pilih secepat mungkin.

Lawak apabila kumpulan yang dianggotai Jihyo, Sukjin dan Tiffany daripada kumpulan Girls’ Generation berjaya ‘mencuri’ anjing dan kereta daripada orang kampung berdekatan bagi menjayakan misi mereka itu.

Bagi kumpulan yang dianggotai oleh Haha, Somin, Mina daripada kumpulan Gugudan telah memilih perkataan “anak baju”. Tanpa berfikir panjang, Somin terus berlari mendapatkan Kwangsoo daripada kumpulan lain dan mula membuka bajunya bagi mengambil anak bajunya dengan bantuan Haha.

somin dan haha buka baju kwangsoo

somin dan haha buka baju kwangsoo secara paksa

kwangsoo dipaksa buka bajunya

Walaupun Kwangsoo cuba melawan, tetapi Somin dan Haha berjaya melucutkan anak bajunya secara paksa. Akibat terlalu malu, Kwangsoo melarikan diri jauh daripada set penggambaran sambil cuba menutup badannya yang sudah separuh bogel.

kwangsoo dipaksa buka bajunya

kwangsoo separuh bogel

Nasiblah Kwangsoo sentiasa menjadi sasaran mudah oleh ahli kumpulan Running Man yang lain. Sampaikan Somin yang lagi muda pun boleh ‘buli’nya tanpa sebarang masalah! Pada yang belum tengok episod terbaru Running Man, bolehlah lakukannya sekarang. Pasti gelak pecah perut!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...