Seorang lagi pelakon Korea bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi!
Awalnya hanya kahabr angin, agensi Go Won-hee akhirnya mengesahkan bahawa wanita tersebut akan berkahwin pada Oktober ini,
Go Won-hee bakal berkahwin Oktober ini. Satu majlis tertutup akan diadakan dengan kehadiran tetamu yang sedikit sahaja.
Khabarnya, lelaki yang berjaya menambat hati pelakon itu ialah seorang pengerusi di syarikat suplemen diet.
Untuk pengetahuan, Go Won-hee dikenali ramai menerusi lakonan dalam drama seperti “Welcome To Waikiki”, “Strongest Deliveryman”, “Perfume”, “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” dan banyak lagi.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.