Ikuti Kami:

“Kecewanya..” – Papar Watak Hijabi Dalam K-Drama, Influencer Malaysia Diselar Dek Babak Ini

“Kecewanya..” – Papar Watak Hijabi Dalam K-Drama, Influencer Malaysia Diselar Dek Babak Ini

Tak semua orang akan berpuas hati dengan semua perkara kan, pastinya akan ada kritikan yang terselit tambahan pula dalam K-Drama.

Umum mengetahui bahawa Sabrina Azhar, iaitu pempengaruh Malaysia yang popular kerana kandungan Korea sudah pun menjejakkan kaki dalam industri lakonan di negara K-Pop itu.

Bahkan lebih menarik kerana wanita itu membawa watak seorang Muslim berhijab yang mengalami penganiayaan di sekolah dalam “Girl In The Mirror”, di bawah saluran YouTube ‘Casually’.

Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak pujian yang diberikan, terdapat sedikit luahan rasa kecewa oleh peminat Sabrina. Ini kerana terdapat satu babak di mana dia ditolak jatuh oleh rakannya dan dibantu oleh seorang pelajar lelaki lain. Nampak normal, tapi ada yang mempertikaikan mengapa menayangkan babak tangan disentuh bukan mahram sedangkan watak Sabrina ialah seorang Muslim yang sepatutnya menjaga ikhtilat.

Hmmm.. apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...