Ikuti Kami:

“Kecewanya” – Jessi Ucap Tahniah Buat Perkahwinan Lee Sangyeob, Ramai Peminat Tinggal Komen ‘Tak Bijak’

“Kecewanya” – Jessi Ucap Tahniah Buat Perkahwinan Lee Sangyeob, Ramai Peminat Tinggal Komen ‘Tak Bijak’

Kelmarin, Lee Sang-yeob telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan bernama Eun-bin!

Selepas mengumumkan mengenai hubungan mereka pada tahun lalu, pelakon itu akhirnya mengikat perjanjian sehidup semati dan sebuah majlis gah di sebuah hotel di Jamsil, Seoul dengan dihadiri teman rapat seperti Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, pengarah “The Sixth Sense”, Jung Chul-min dan ramai lagi.

Apa yang menariknya, ramai tertanya-tanya mengapa Jessi, rakan “The Sixth Sense” tidak hadir ke majlis itu. Walhal mereka begitu akrab hingga timbul gosip percintaan semasa muncul dalam rancangan berkenaan.

Bukan kerana ‘tidak sebulu’ atau pun sudah renggang, namun penyanyi wanita itu sebenarnya baru sahaja menyelesaikan persembahan di Atlanta, Amerika Syarikat kelmarin lantas mungkin penyebab kepada ketidakhadiran tersebut.

Namun begitu, Jessi dilihat sempat meninggalkan komen ucapan buat Lee Sang-yeob di dalam entri di mana lelaki itu memuat naik foto perkahwinannya. Tulis wanita itu,

Semoga awak jalani kehidupan berkahwin yang baik!!!! Tahniah oppa!!!!

Pun begitu, sesetengah komen dilihat tidak menjaga isu sensitif di antara pasangan yang baru kahwin. Malah ada yang menulis, “Mengapa Lee Sang-yeob tidak berkahwin dengan Jessi?”, “Saya nak korang yang kahwin”, atau “Saya kecewa” dan sebagainya.

jessi lee sangyeob

Namun begitu, ramai juga yang gembira melihat hubungan keduanya kekal akrab sehingga kini.

Sebelum komen, cuba fikir dulu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...