Ikuti Kami:

“Kecantikan Saya” – Reaksi Netizen Berubah Lihat Song Jihyo Tampil Yakin Dengan Gaya ‘Shortcut’

“Kecantikan Saya” – Reaksi Netizen Berubah Lihat Song Jihyo Tampil Yakin Dengan Gaya ‘Shortcut’

Punyalah hebat penangan Song Ji-hyo, sampaikan kisah rambutnya pendek-panjang pun boleh jadi topik perdebatan netizen dan peminat.

Disebabkan oleh gaya yang tak berapa dipersetujui ramai semasa kemunculan pertamanya dengan ‘shortcut’ semasa episod “Running Man” yang lalu, ada yang hingga meminta jurugayanya ditukar.

Tapi rata-ratanya yang dah tarik balik aduan mereka selepas melihat kecantikan Song Ji-hyo semasa menghadiri majlis ‘2021 Asia Artist Awards’ dengan kot hitam terbelah di pinggang, rambut yang disisir ke atas dan solekan ‘smokey’. Maskulin dan feminin dalam masa yang sama!

song jihyo shortcut

Pun begitu, reaksi peminat tetap bercampur baur namun lebih banyak ke arah positif.

Bukankah gayanya biasa sahaja.

 

Gaya lama.

 

Cantiknya kerana berbeza dengan gaya biasa Song Ji-hyo.

 

Persona Song Ji-hyo ditampilkan sebaiknya.

Song Ji-hyo juga kelihatan yakin dengan penampilan barunya ini meskipun menjadi bualan ramai sepanjang minggu ini. Bahkan apabila ditanya Lee Teuk mengenai sebab dia berjaya memenangi anugerah populariti selama 3 tahun berturut-turut. Seloroh wanita itu,

Kecantikan saya? (tertawa) Saya hanya bergurau.

Apa pun, tersenyum lihat Song Ji-hyo yang confident kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...