Memang tidak dinafikan bahawa genetik cantik sememangnya ada dalam keluarga Ji-soo BLACKPINK.
Sebelum ini, kakak kepada Ji-soo iaitu Kim Ji-yoon telah beberapa kali meraih perhatian dengan kecantikannya seperti seorang selebriti.
Walaupun tidak aktif dalam industri hiburan, visualnya yang sempurna sentiasa dipuji netizen tambahan pula dengan imej ‘idola’nya dalam foto baru yang dikongsi baru-baru ini.
Menerusi laman Instagram, Kim Ji-yoon telah memuat naik beberapa gambar baru dengan gaya solekan dan penampilan berbeza dari sebelum ini.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, ramai yang tertanya sekiranya wanita itu akan membuat debut sebagai seorang artis kerana perubahan imej dan kecantikannya yang tidak jauh seperti idola.
Antara komen yang ditulis,
Terus nampak macam Ji-soo sangat.
Genetik keluarga ini memang luar biasa.
Solekan itu sangat sesuai untuknya, membuatkan Ji-yoon kelihatan lebih seperti Ji-soo.
Cantiknya! Adik kakak semua cantik.
Memang cantik sangat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.