Ikuti Kami:

Kebenaran Akhirnya Terdedah, Kim Saeron Rupanya Dah Minta Maaf Pada Semua Yang Terjejas Dek Isu Pandu Mabuknya

Kebenaran Akhirnya Terdedah, Kim Saeron Rupanya Dah Minta Maaf Pada Semua Yang Terjejas Dek Isu Pandu Mabuknya

Kim Sae-ron telah meninggalkan kita pada usianya yang sangat muda..

Umum pasti mengetahui tentang pemergian pelakon Kim Sae-ron pada 16 Februari, selepas dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya.

Susulan kematiannya, ramai yang kembali menyebut tentang kontroversi pandu mabuknya pada 2022 yang lalu, yang mungkin menjadi salah satu sebab wanita itu memilih untuk mengakhiri hidupnya.

Selepas ‘ditangkap’ memandu dalam kemalangan mabuk sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus, Kim Sae-ron telah teruk menerima kritikan dari netizen, menyebabkan kemunculan semulanya dalam industri adalah mustahil.

kim saeron

Meskipun tidak pernah didedahkan atau diketahui ramai, salah seorang pemilik kedai di kawasan itu memberitahu yang Kim Sae-ron sebenarnya telah datang meminta maaf secara peribadi dan memberi pampasan kepada semua 57 perniagaan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik, disebakan isu pandu mabuknya.

Kata pemilik kedai itu kepada media,

Saya terkejut apabila Kim Sae-ron secara peribadi datang untuk meminta maaf.

Kim Sae-ron tak sepatutnya dikecam teruk macam ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Kookmin Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...