Dah 12 tahun bercinta, Jung Kyung-ho masih tak pernah segan untuk menunjukkan rasa cintanya kepada Choi Soo-young.
Baru-baru ini, temu bual yang dilakukan Jung Kyung-ho sebelum ini telah kembali menjadi bualan, apabila lelaki itu menyatakan betapa pentingnya Choi Soo-young dalam kehidupannya.
Khususnya apabila ditanya apakah tonggak kehidupannya selain daripada lakonan, lelaki itu menjawab,
Ia adalah soalan yang jelas tetapi apa yang penting dalam hidup saya selain berlakon adalah Choi Soo-young. Saya rasa saya sebenarnya berlakon kerana dia. Selain berlakon, apa yang paling menggembirakan saya ialah kebahagiaan Choi Soo-young. Kami dah lama kenal dan saya paling sering berjumpa dengannya.
Sambung Jung Kyung-ho lagi dengan meluahkan rasa syukurnya kepada teman wanitanya itu,
Berkat kesabarannya, kami dapat bersama untuk masa yang lama. Saya sering melakukan kesilapan dulu tapi sekarang tak lagi.
Bagi yang belum tahu, pasangan ini telah mendedahkan hubungan mereka kepada umum sejak 2014 dan masih kekal bahagia hingga ke hari ini.
Semoga jodoh mereka kekal sampai ke jinjang pelamin!