Ikuti Kami:

Keadilan! Pengendali Ruang Sembang Eksploitasi Wanita Secara Seksual ‘God God’ Dipenjara Seumur Hidup

Keadilan! Pengendali Ruang Sembang Eksploitasi Wanita Secara Seksual ‘God God’ Dipenjara Seumur Hidup

Ingat tak kes “N Room” yang melibatkan operasi perniagaan seksual dalam kalangan wanita dan juga bawah umur oleh beberapa lelaki di aplikasi Telegram? Nampaknya ada berita baik yang didapati selepas perbicaraan kes ini berlangsung.

Bagi yang tidak mengingati, ruang sembang ini dikhabarkan telah disertai oleh 260,000 ahli di mana mereka memeras ugut wanita untuk ‘berkhidmat’ kepada mereka. Bukan seperti pornografi biasa, ia melibatkan rakaman yang menyeksakan dan kesemua perbuatan itu terpaksa dilalui oleh perempuan di bawah umur.

[Amaran: grafik dan kejam]
  1. Mencacah perkataan ‘hamba’ pada gambar bogel wanita itu.
  2. Meletakkan gunting di dalam kemaluannya.
  3. Memotong puting buah dada mangsa.
  4. Menyuruh perempuan tersebut untuk memakan najis.
  5. Meletakkan ulat bulu di dalam badan mangsa dan menyeksanya.
  6. Mereka membuatkan adik/abang lelaki untuk melakukan hubungan seks yang sama.
  7. Menyuruh mangsa membuka kesemua bajunya dan beronani di lantai tandas lelaki.
  8. Lelaki dewasa merogol kanak-kanak perempuan yang berada di bawah umur.

pengendali 'n room' dipenjara seumur hidup

Selepas pendedahan jenayah tersebut, rakyat Korea menuntut keadilan yang berat terhadap pelakunya. Kelmarin, pihak mahkamah memutuskan bahawa pengendali ruang sembang tersebut yang digelar sebagai ‘God’ God’ telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Nama sebenar iaitu Moon Hyung-wook lebih mengejutkan ramai orang kerana dia baru sahaja berusia 24 tahun dan merupakan pelajar universiti biasa dan kenalannya langsung tidak menyangka perangai sebenarnya itu. Syaitan bertopengkan manusia!

Keadilan untuk semua mangsa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...